Persoalan Hukum Halal & Haram

Ada pula yang tanya saya, "MLM MyMode ni HALAL ke? Banyak sangat perniagaan internet yang haram, sampai keluar fatwa pun ada. MyMode bagaimana pula?"Saya faham bagaimana persoalan ni timbul. Tambahan pula apabila isu 'pelaburan internet' yang di fatwakan sebagai haram sedang hangat disaat ini. Antara skim berkenaan ialah www.ABFund.biz; www.WinliFund.com; www.empay.com; www.buyebarrel.us; www.eaindex.com; www.fical.us; www.GlobalForex.us; www.Arabic.com; www.eracapital.com; www.e-investpro.com; www.GG-trade.com dan www.smartindex.net dan berbagai lagi seperti Swisscash Danafutures seperti yang dirujuk oleh Ustaz Zaharuddin.

Itu lain. Mereka merupakan 'money game' yang menggunakan sistem piramid. Tiada usaha, tiada produk jualan, hanya join, masuk duit, kemudian tunggu. Sama macam main skim cepat kaya. Dan MLM yang dikatakan haram itu pula hanyalah merujuk kepada MLM yang menjurus kearah sistem Skim Cepat Kaya. Bukan beerti semua MLM itu haram. Anda boleh baca satu artikel yang ditulis oleh Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman bertajuk 'ISU SHARIAH DALAM PERNIAGAAN ISLAM'.

Antara Bentuk MLM yang Haram atau syubhat menurut Ust Zaharuddin:

1) Harga tinggi dari biasa : Menjual produk yang diperjualbelikan dalam sistem MLM dengan harga yang jauh lebih tinggi dari harga biasa- Mymode menjual produknya pada harga yang sama dengan pasaran luar. Contohnya reload Maxis RM10 tetap dijual dengan harga RM10.

2) Jualan target sebagai syarat komisyen : Selain dari yuran yang wajib dibayar oleh ahli, pada kebiasaannya terdapat syarat yang mewajibkan ahli tersebut mencapai target jualan tertentu bagi melayakkannya mendapat apa jua komsiyen dari hasil jualan orang di bawahnya.- Dalam Mymode, sekiranya anda hanya mampu menjual sekeping reload topup beharga RM10, maka anda tetap layak mendapat rebate dari pembelian tadi kecuali jika langsung tiada penjualan dilakukan maka anda tidak akan mendapat apa-apa.

3) Jika ahli berdaftar menyertai MLM dengan yuran tertentu, tetapi tiada sebarang produk untuk diniagakan, perniagaannya hanyalah dengan mencari orang bawahanya (downline).- Jelas Mymode menjalankan perniagaan reload prepaid secara SMS. Produk-produk yang diniagakan seperti topup maxis, celcom, ring-ring card, italk, prepaid jaring tmnet dan lain-lain.

4) Terdapat juga syarikat MLM yang melakukan manipulasi dalam menjual produknya, atau memaksa pembeli untuk menggunakan produknya atau yang dijual adalah barang haram.- Tiada paksaan dalam pembelian produknya. Samada anda membeli dari MyMode atau berjalan kaki kekedai handphone untuk mendapatkan reload prepaid, ianya tetap merupakan salah satu keperluan dalam kehidupan harian kita.

Ust Zaharuddin bagaimanapun ada menyarankan sekiranya kita ingin menceburi bidang perniagaan MLM ini untuk memastikan asas minima Shariah berikut dapat dipatuhi :-

1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).

2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.

3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.

4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).

5. Tidak diwajibkan bagi si ahli menjual jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya.

6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh.

7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya. Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, pelan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.

8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.

9. Menstruktur plan pemasaran di anatara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.

0 ulasan:

    Google Translate

    Followers